Monday, August 17, 2009

H1N1

perhimpunan hari niy, ckgu baaaanyak tekankan pasal penularan wabak H1N1 niy. so, nk cerita sikit psal wabak niy


Apakah Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).

Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Jika anda batuk atau bersin:
• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan // memakai penutup hidung (mask)
• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1
• lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam

ckgu pun dah hadkan kegiatan luar class mcm tak boleh pjk kea ape ke. and we as a student, even rase mcm bosan tak dpt pj, but we think at the bright side laa kan. act, bnde tu untk kite jugak, untk jage kesihatan kite. Buat masa skrng, skola kite takde lg yg positive H1N1, Insy, takde siape pun yg akan kne, kite doa same2 okay :)

Ya Allah, hindarilah aku dan semua yg berada di sekeliling aku dari penyakit yang boleh membawa maut. Berikanlah kami kesihatan tubuh badan dan jauhilah kami dari segala musibah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Aminnnn...
-> imah's prayer :) thanks :)


Homework Homework !

Science - Siapkan Science Process Skills (whole chpter 7;dynamics)
Kh - Puan Suriani's; kerja kursus, buat buku akaun
- Puan Norlela's ; ghee, ntah -.- nnty update balik okay ?
Mathematics : ex 12.3A - No1 (b)(c) - No2 (a)(b) - No3 (a)(b)(c) - No4(b)(c) - No 5 (b)(c)

hmm, thats all, btw, esok jgn lupe bawak ENGLISH TEXT BOOK,

2 comments:

anode said...

eh??bkn ke skolah kite dah ade yg positif..ckgu z tu kott yg ckp..ockgu laen..lupe daa

alia F. said...

gee, ade kate blom, ade kate dah, argh, tak kesah laa. just remain ur health yg mmg dah ok niy ;D